Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik
untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat
pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan
itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh
menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.
Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit.
Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah
tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser
usus besar.
Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.
Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana
masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa.
Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong
sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun
makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja
mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak
sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.
Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh
membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka
dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua
minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang
selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk
mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.
Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab
mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana
kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang
dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan
kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan
aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang
bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning
kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.
Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf
awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium
Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain
itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti
monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada
sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula,
jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan
dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan
di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di
bahagian dada dan muka.
Walaupun demikian, kajian saintifik gagal
membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara
langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan
buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru
itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif
makanan.
Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat
terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh,
sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak.
Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada
ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam
lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara
11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia
bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi
cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik,
pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang
berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan
penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.
Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan
segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu
mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh.
Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh
menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat
yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu
dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air
sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan
begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan
mereka menolak manakan berkhasiat lain.
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di
sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di
sesebuah restoran:
Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Susu kocak:
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan,
sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di
dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam
penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di
dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah
kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia
hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger
ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan
manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang
mengandungi sedikit serat.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan
dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang
benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi
memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa
yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam
keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua
zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik
kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua
digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik
untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.
No comments:
Post a Comment